Aktiviti
Program Anak Muda Berselawat Di Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang
29-06-2026

Pasir Gudang, 29 Jun 2026 – Telah berlangsung Program Anak Muda Berselawat yang menyatukan generasi muda dalam majlis selawat, pengisian rohani dan perkongsian yang menyegarkan jiwa.

Program ini dianjurkan oleh pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjadi platform terbaik untuk mencetuskan fikrah progresif serta menyemarakkan semangat cintakan Rasulullah SAW dalam kalangan anak muda.

Program yang dihadiri oleh para mahasiswa dan warga Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang ini turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama-sama para ketua dan wakil agensi agama. Mewakili Yayasan Waqaf Malaysia adalah YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Semoga program seumpama ini memberi manfaat kepada semua pengunjung yang hadir, Insya Allah.


Kongsi Kongsi