Aktiviti
Program Temu Seru Bersama Komuniti MADANI: Santuni Pesakit Wad Pediatrik Hospital Pasir Gudang
30-06-2026

Pasir Gudang, 30 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menyantuni seramai 40 orang pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Pasir Gudang sebagai tanda keprihatinan terhadap kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Menyambut kehadiran YWM adalah YBrs. Dr. Suhaila binti Abu Hassan, Pengarah Hospital Pasir Gudang bersama barisan pengurusan tertinggi hospital serta warga kerja Wad Pediatrik.

Antara sumbangan yang telah disampaikan adalah:

  • 40 unit hamper bernilai RM1,200 untuk semua pesakit di wad pediatrik;
  • RM800 wang tunai untuk semua pesakit di wad pediatrik;
  • RM1,000 dana manfaat bagi tujuan Keceriaan Ruang Aktiviti di Wad Pediatrik; dan
  • 100 set makanan tajaan daripada pihak MCDonalds kepada semua pesakit dan warga kerja Wad Pediatrik.

Semoga sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak yang sedang menjalani rawatan, memberi semangat kepada keluarga mereka serta menjadi manifestasi nilai ihsan dan kasih sayang yang sentiasa menjadi teras dalam memperkasa kebajikan masyarakat.

Terima kasih kepada pihak Hospital Pasir Gudang dan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan sinergi ini terus diperkukuh demi manfaat ummah.


Kongsi Kongsi