Aktiviti
Mesyuarat Kerjasama Strategik Memperkasa Ekosistem Wakaf Negara
29-06-2026

Putrajaya, 29 Jun 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menghadiri Mesyuarat Kerjasama Strategik berkaitan pembangunan dan pemerkasaan ekosistem wakaf negara yang dipengerusikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Azmi Omar, President & Chief Executive Officer INCEIF University, Mr. Samer Elesawi, Head of IsDB Centre of Excellence Kuala Lumpur serta Puan Azura Azreen binti Yusof, Pengarah Wakaf, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan wakaf melalui pendekatan yang lebih inovatif, mampan dan berimpak tinggi.

Perbincangan memberi fokus kepada pengukuhan sinergi antara kerajaan, institusi pendidikan tinggi, institusi kewangan Islam dan rakan strategik antarabangsa dalam memperkasa tadbir urus, penyelidikan, pembangunan modal insan, inovasi serta pelaksanaan inisiatif wakaf yang mampu menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi ummah dan kemakmuran negara.

YWM kekal komited untuk memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama semua pihak berkepentingan dalam merealisasikan aspirasi menjadikan wakaf sebagai instrumen ekonomi Islam yang progresif, lestari dan memberi manfaat kepada masyarakat.


Kongsi Kongsi