Aktiviti
Ziarah Kasih: Menyantuni Masjid As Saadah, Kg Tebengau
25-04-2025Kuala Kedah, 25 April 2025 – Rombongan YWM yang diketuai oleh YBrs. Dr Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan menziarahi Masjid As Saadah, Kampung Tebengau bagi meninjau keperluan dan potensi pembangunan masjid ini demi manfaat komuniti setempat.
Kunjungan ini bukan sekadar lawatan, tetapi satu langkah awal dalam usaha memperkasa institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah — dari aspek spiritual, sosial dan ekonomi.
YWM komited untuk terus menyantuni dan menyokong masjid-masjid yang memerlukan dana melalui inisiatif wakaf.



TERKINI

Ke Arah Penubuhan Permodalan Wakaf Berhad
29-04-2025Kongsi Kongsi