Sumbangan Wakaf YWM untuk Masjid Baharu Kariah Taman Seri Bayu
25-04-2025Sungai Petani, 25 April 2025 – Rombongan pegawai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berpeluang menunaikan solat Jumaat di Surau Kariah Taman Seri Bayu yang merupakan surau utama untuk komuniti seramai lebih 2,000 penduduk di mana majoritinya pesara tentera.
Surau sedia ada hanya mampu memuatkan sekitar 600 jemaah, menjadikan pembinaan masjid baharu sebagai satu keperluan mendesak. Projek pembinaan masjid ini telah bermula sejak 2015 oleh Jawatankuasa Pembangunan & Pembinaan Masjid dan kini telah mencapai 45% siap, dengan fokus semasa pada kerja-kerja penyiapan bumbung.
Kos keseluruhan dianggarkan RM8.5 juta, dengan RM2.5 juta telah dibelanjakan untuk Fasa 1. Baki dana yang diperlukan kini sekitar RM6 juta untuk menyiapkan masjid berkapasiti lebih 2,000 jemaah ini.
Sebagai sokongan, YBrs. Dr Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyumbangkan RM30,000 melalui Dana Wakaf bagi membantu menjayakan pembangunan masjid ini. Semoga pembinaan ini dipermudahkan dan lebih ramai pihak tampil menyumbang demi membangunkan masjid yang lebih selesa untuk komuniti ini.


TERKINI

Ke Arah Penubuhan Permodalan Wakaf Berhad
29-04-2025Kongsi Kongsi