Aktiviti
Special Insight Session On Remisiers as Active Enablers for Social Impact Investing through Waqf - Featured Exchanged - Traded Fund
29-04-2025

Kuala Lumpur, 29 April 2025 – Satu kerjasama produk Waqf ETF antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Eq8 Capital Sdn. Bhd. yang telah diumumkan pada 29 Mei 2024 yang lalu. Sehubungan itu, YWM telah dijemput untuk menghadiri sesi khas bersama para remisiers atau wakil berlesen bagi produk Waqf ETF anjuran Bursa Malaysia bersama Eq8 Capital Sdn. Bhd.

YWM yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah hadir bersama beberapa pegawai ke sesi ini.

Semoga melalui usaha seumpama ini menjadi permulaan yang membuahkan hasil dan membuka lebih banyak peluang untuk memperkasa sosioekonomi ummah melalui instrumen wakaf global yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Kredit foto: Bursa Malaysia


Kongsi Kongsi