MAKLUMAT WAKAF TAKAFUL AJWAD

LATAR BELAKANG

a. Produk Wakaf Takaful Ajwad merupakan skim Wakaf Tunai beserta Pelan Perlindungan Takaful Berkelompok kepada penyumbang wakaf di YWM. Ianya merupakan gabungan dua produk iaitu wakaf dan juga takaful, di mana setiap penyumbang wakaf layak mendapat perlindungan sekiranya berlaku sebarang musibah (mengikut terma dan syarat) atau kematian.

b. Produk ini merupakan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT). Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM melalui MALPA YWM Siri 39 Bil. 2/2022 bertarikh 24 Jun 2022.

TUJUAN PELAKSANAAN

Objektif pelaksanaan Wakaf Takaful Ajwad ini adalah sebagaimana berikut:

a. sebagai pilihan kepada pewakaf untuk membuat sumbangan wakaf tunai dengan tambah nilai perlindungan takaful. Ianya merupakan platform tambahan bagi menggalakkan pewakaf untuk berwakaf secara berkala;

b. pewakaf juga akan mendapat manfaat / perlindungan melalui pelan yang dipilih; dan. sebagai pilihan kepada pewakaf untuk membuat sumbangan wakaf tunai dengan tambah nilai perlindungan takaful. Ianya merupakan platform tambahan bagi menggalakkan pewakaf untuk berwakaf secara berkala;

c. pewakaf juga boleh memilih untuk mewakafkan manfaat takaful kepada YWM selepas kematian pewakaf.

PELAN PELAKSANAAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk takaful, sila rujuk di sini.

CARA PENYERTAAN

a. Pewakaf perlu mendaftar sebagai penyumbang bulanan melalui platform InfaqPay yang telah disediakan melalui butang di bawah.

b. Pewakaf perlu mengisi segala maklumat yang dipohon bagi memudahkan urusan penyediaan polisi takaful.

c. Pewakaf perlu melakukan bayaran RM1.00 (sekali sahaja) bagi pengesahan langganan untuk potongan secara bulanan (recurring payment).

d. Pelanggan akan mendapat akses ke akaun InfaqPay selepas melanggan bagi melihat sejarah transaksi / mengemaskini / pembatalan.

e. Pewakaf akan mendapat emel pengesahan setiap bulan selepas pemotongan berjaya dilakukan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

a. Pengagihan manfaat takaful sebagai wakaf kepada YWM adalah tertakluk kepada hukum pewasiatan yang hanya membenarkan pewakafan tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta pewasiat.

b. Produk ini merupakan produk langganan bulanan, di mana menggabungkan instrumen wakaf dan juga takaful yang akan memberi pelindungan kepada pewakaf melalui pelan takaful wakaf yang disertai.

c. Pewakaf akan turut mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
(No. Rujukan Kem. Kewangan: MOF.TAX.700-3/1/464 (17) bertarikh 12 Oktober 2022)

PENYERTAAN WAKAF TAKAFUL AJWAD

“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

LAFAZ SIGHAH

“Saya dengan ini menyumbangkan wang tunai bagi *Pelan Ajwad 1 / Ajwad 2 / Ajwad 3 secara bulanan bagi tujuan produk Wakaf Takaful Ajwad dan turut bersetuju mewakil dan mengamanahkan kepada Yayasan Waqaf Malaysia untuk menguruskan dana wakaf saya mengikut keperluan semasa bagi kepentingan Ummah kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala serta membenarkan 5% atau apa-apa jumlah % yang dipersetujui Jawatankuasa Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia daripada dana wakaf terkumpul ini sebagai upah pengurusan dan perkhidmatan kepada Yayasan Waqaf Malaysia.

Saya juga bersetuju mewakilkan dan mengamanahkan Yayasan Waqaf Malaysia untuk menguruskan sumbangan takaful saya sebagaimana yang tersebut kepada pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad”

Saya telah membaca dan memahami kesemua terma dan syarat bagi penyertaan Produk Takaful Ajwad:


Kongsi Kongsi