WAKAF MEDIA
LATAR BELAKANG
- Wakaf Media merupakan produk wakaf kontemporari yang diwujudkan melalui kerjasama strategik antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Al Hijrah Media Corporation (TV AlHijrah) bagi memperkasa bidang penyiaran dan kandungan media Islamik di Malaysia.
- Pelaksanaan Wakaf Media ini merupakan antara inisiatif strategik YWM dalam memperluas aplikasi wakaf ke dalam sektor media dan penyiaran sebagai medium dakwah berimpak tinggi, selari dengan hasrat Kerajaan untuk memperkukuh pengurusan wakaf melalui kerjasama antara YWM dan agensi-agensi Persekutuan serta menjadikan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosio-ekonomi ummah.
- Cadangan kerjasama strategik Wakaf Media ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (LPA YWM) Siri 48 Bil. 1/2025 (17 Mac 2025) mengikut ketetapan tadbir urus yang berkuat kuasa.
TUJUAN PELAKSANAAN
Wakaf Media bertujuan untuk mengumpul kutipan dana wakaf tunai daripada pihak-pihak yang berwakaf bagi membiayai pewujudan dan pembangunan aset media, penerbitan slot siaran berbentuk ilmiah serta penghasilan kandungan dan harta intelek media Islamik yang dijadikan sebagai ‘ayn wakaf’, bagi memberikan manfaat dakwah dan ilmu secara berterusan kepada masyarakat.
KAEDAH MENYUMBANG
- Masyarakat boleh menyertai Wakaf Media dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia (SWTM) yang disediakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia. Caranya:
- Layari laman web SWTM di https://gowakaf.ywm.gov.my
- Daftar sebagai pewakaf atau log masuk (jika sudah mendaftar)
- Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, anda hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK)’ dan seterusnya memilih ‘Wakaf Media’. Tiada had minimum nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.
- Sumbangan wakaf juga boleh dibuat secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di Bank Islam Malaysia Berhad – no akaun 16018010040873
- Pewakaf juga boleh berwakaf melalui kod QR di bawah
Nota: Setiap sumbangan wakaf yang dibuat melalui Yayasan Waqaf Malaysia layak mendapat potongan cukai pendapatan sehingga 10% daripada pendapatan agregat di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kongsi Kongsi