MAKLUMAT TABUNG WAKAF TUNAI KHAS PERKHIDMATAN AIR (WAKAF AIR)

LATAR BELAKANG

a. Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia YWM, kerjasama antara YWM dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

b. Pelaksanaan kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 20 Oktober 2020.

TUJUAN PELAKSANAAN

Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000.00, antaranya:

a. Sistem pengepaman sumber air dari perigi;

b. Pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off);

c. Dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan

d. Penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

KAEDAH MENYUMBANG

a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Perkhidmatan Air (Wakaf Air). Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.

c. Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun
2124-57600-01304.

d. Setiap sumbangan adalah layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967, tertakluk kepada potongan yang boleh dituntut oleh individu adalah 7% dan syarikat 10% daripada pendapatan agregat selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan [No. Rujukan Cukai: (8.09)248/40/7-2078(29)].

KAEDAH MEMOHON DANA WAKAF AIR

a. Untuk memohon dana Wakaf Air KLIK SINI

b. Untuk panduan permohonan Dana Wakaf Air KLIK SINI

PENGGUNAAN DANA WAKAF AIR

a. Lokasi Projek : Kg. Melayu Seelong, Senai, Johor Bahru dengan kos pembangunan RM34,776.00 KLIK SINI

b. Lokasi Projek : Kg. Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor dengan kos pembangunan RM42,650.00

c. Lokasi Projek : Kg. Masjid Ehsaniah, Padang Serai, Beruas, Perak dengan kos pembangunan RM3,910.00

d. Lokasi Projek : Kg. Padang Durian, Pendang, Kedah dengan kos pembangunan RM45,350.00 KLIK SINI

e. Lokasi Projek : Kg. Sungai Mengkuang, Dabong, Kelantan dengan kos pembangunan RM40,525.00

f. Lokasi Projek : Kg. Batu Balak, Jerantut, Pahang dengan kos pembangunan RM49,475.00

g. Lokasi Projek : Kg. Tanah Pindah, Jerantut, Pahang dengan kos pembangunan RM49,800.00



“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!

JUMLAH KUTIPAN (SEHINGGA 31 OKTOBER 2021) : RM3,283,996.99

BAKI TERKINI (SEHINGGA 31 OKTOBER 2021) : RM3,017,510.99

QR Code
Kongsi Kongsi