MAKLUMAT TABUNG WAKAF MASJID HIJAU

LATAR BELAKANG

a. Tabung Wakaf Masjid Hijau merupakan produk wakaf yang diwujudkan melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), sebuah agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

b. Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 14 Oktober 2021.

TUJUAN PELAKSANAAN

Wakaf Masjid Hijau ini merupakan sumber pendanaan bagi projek-projek pembangunan masjid-masjid di Malaysia yang berasaskan teknologi hijau serta menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat.

IMPAK TABUNG WAKAF MASJID HIJAU

Impak Wakaf Masjid Hijau adalah seperti berikut:

a. Aspek ekonomi: Pengurangan beban kos operasi masjid/surau dan pengurangan beban penggunaan tenaga dan air di masjid/surau yang semakin meningkat di samping membuka peluang baharu kepada syarikat pembekal untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam mempromosi teknologi hijau.

b. Aspek Alam Sekitar: Kelestarian alam sekitar dapat dipertingkatkan dengan menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pengeluaran gas rumah kaca (GHG) berbanding KDNK sebanyak 45% menjelang tahun 2030 berbanding tahun 2005

c. Aspek Sosial/Komuniti: Memupuk kesedaran masyarakat dengan menanamkan budaya gaya hidup hijau. Selain itu, fungsi masjid/surau dapat dikembangkan ke arah pendidikan mengenai kelestarian alam sekitar, kerjasama antara syarikat swasta dan rumah ibadat serta membuka lebih banyak peluang untuk program Tanggungjawap Sosial Korporat dan ESG.

KAEDAH MENYUMBANG

a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Masjid Hijau, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Masjid Hijau. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.

c. Untuk kaedah pewakafan terus ke akaun bank YWM, YWM akan memakumkannya dari semasa ke semasa

“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!


Kongsi Kongsi