MAKLUMAT INTEGRITI
A. SUMBER DAN PENGGUNAAN DANA

Sejak penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) pada tahun 2008, sumber dana YWM dan penggunaannya adalah seperti berikut:

Bil. Sumber Dana Penggunaan
1. Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri * Emolumen kakitangan
* Belanja operasi dan program promosi YWM
* Pembangunan Projek Kecil Berimpak Besar
2. Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada syarikat-syarikat Korporat

*layak mendapat pengecualian cukai
* Program Sosialisasi dan Pembudayaan Wakaf
3. Wakaf Tunai Malaysia yang diperolehi daripada:
* Potongan Gaji
* FPX melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia YWM
* One off individu melalui kaunter YWM, kaunter bank, wang pos
* One off daripada syarikat korporat

*layak mendapat pengecualian cukai
* Ditukarkan kepada harta kekal setelah dana pembangunan mencukupi
* Disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri yang berkaitan untuk dimanfaatkan di negeri-negeri tersebut dengan kerjasama YWM
* Sementara menunggu dana mencukupi, dana pokok dilaburkan dalam Instutusi Perbankan Islam. Manfaat yang wujud daripadanya (sama ada daripada harta kekal atau hasil pelaburan) digunakan bagi tujuan kebajikan ummah.
B. TADBIR URUS
  1. Lembaga Pemegang Amanah – Dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan keahliannya turut terdiri daripada wakil kerajaan Persekutuan dan wakil setiap Majlis Agama Islam Negeri. Bertanggungjawab untuk meluluskan segala dasar dan polisi YWM.
  2. Jawatankuasa Kerja – Bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa tanggungjawab yang telah diputuskan oleh Lembaga Pemegang Amanah. Terdapat 4 jawatankuasa kerja YWM, iaitu:
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Jawatankuasa Pelaburan dan Kewangan
    • Jawatankuasa Pengurusan
    • Jawatankuasa Audit
  3. Pengurusan YWM diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan disokong oleh 5 bahagian, iaitu:
    • Bahagian Projek dan Pembangunan Perniagaan
    • Bahagian Penyelidikan dan Produk Wakaf
    • Bahagian Pemasaran dan Penyelarasan
    • Bahagian Kewangan dan Korporat
    • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  4. Pengurusan YWM diaudit setiap tahun oleh Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri setiap 2 tahun manakala Penyata Kewangan Tahunan diaudit oleh Firma Audit Luar di mana laporan pengauditan tersebut turut dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.

Kongsi Kongsi