KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Jawatan : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Gred : Setaraf dengan GRED JUSA C Perkhidmatan Awam
Taraf Jawatan : Kontrak (tempoh dua tahun dan penyambungan kontrak tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pemegang Amanah)
Gaji Bulanan Ditawarkan :
• Gaji Pokok : Minimum : RM7,676.00 Maksimum: RM20,592.00
• Imbuhan Tetap Keraian : RM2,500.00
• Imbuhan Tetap Perumahan : RM1,300.00
• Imbuhan Tetap Jawatan Utama : RM1,000.00
• Bantuan Pembantu Rumah : RM 500.00
• Bantuan Selenggara Rumah : RM 166.67
Kenaikan Gaji Tahunan : 9% setahun tertakluk kepada pencapaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
Syarat Lantikan :
i. Mempunyai minimum kelayakan Ijazah Sarjana daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan Wakaf dan/atau Ekonomi Islam dan/atau Kewangan Islam;
iii. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tadbir urus Kerajaan dan/atau Korporat;
iv. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman berkhidmat/bekerjasama dan mempunyai hubungan baik dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri;
v. Berketerampilan, mempunyai kemahiran kepimpinan, membuat keputusan, kerja berpasukan, keusahawanan, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis; dan
vi. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah penyakit kronik.
Diskripsi tugas :
i. Bertanggungjawab melapor kepada Lembaga Pemegang Amanah;
ii. Merancang, menyedia dan melaksanakan program dan aktiviti selaras dengan Matlamat Teras;
iii. Menjalin dan memelihara hubungan kerja yang baik dan harmoni dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Pemegang-pemegang Taruh lain yang berkaitan;
iv. Membuat keputusan-keputusan peringkat tertinggi (high level desicions) berkaitan operasi;
v. Bertindak sebagai jurucakap utama bagi pihak Yayasan;
vi. Menyelia keseluruhan aktiviti fiskal Yayasan termasuk menentukan penyediaan bajet tahunan, pelaporan dan pengauditan;
vii. Memastikan pencapaian petunjuk prestasi utama, strategi dan sasaran program dapat dicapai;
viii. Memastikan tadbir urus Yayasan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa; dan
ix. Mentadbir keseluruhan operasi merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
• Perancangan Strategik;
• Pengurusan Kewangan;
• Pengurusan Sumber Manusia; dan
• Pematuhan dan Kawalan Dalaman.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap beserta gambar berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan kepada:
Bahagian Pengurusan
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya
Tarikh tutup iklan ialah pada 14 April 2023 (Jumaat)
CATATAN AM
a)Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
b)Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c)Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
Kongsi Kongsi