JAWATAN KOSONG
EKSEKUTIF PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di YWM-MAIN Holdings Sdn. Bhd. [subsidiari milik penuh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)].

    Jawatan :   EKSEKUTIF PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
    Bilangan kekosongan :   Satu
    Taraf Jawatan       :   Kontrak (2 tahun + 1 tahun)
    Gaji Ditawarkan :   Gaji Pokok  :   RM2,253.00
                        Elaun Tetap :   RM950.00

Syarat Lantikan :

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon yang memohon hendaklah bersedia bekerja di tapak ladang dan boleh bekerja di luar kawasan; dan
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Diskripsi tugas :

Pentadbiran

  • Melaksana dan mengurus penyediaan perkhidmatan, polisi dan program sumber manusia secara keseluruhan; dan
  • Mengurus pembayaran gaji bulanan serta menetapkan struktur gaji dan mengawasi sistem pembayaran berubah dalam syarikat termasuk bonus dan kenaikan gaji.

Kewangan

  • Merekod aliran tunai syarikat dan membentangkan kepada pengurusan atasan;
  • Membuat pemantauan perbelanjaan kewangan dan prestasi syarikat;
  • Mengira cukai yang perlu dibayar oleh syarikat dan membuat pembayaran di LHDN; dan
  • Membuat pembayaran kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

b. Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya.

c. Tarikh tutup iklan ialah pada 17 Januari 2022 (Isnin).

CATATAN AM
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Kongsi Kongsi