JAWATAN KOSONG
PENGURUS LADANG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di YWM-MAIN Holdings Sdn. Bhd. [subsidiari milik penuh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)].

	Jawatan	:	PENGURUS LADANG 
	Bilangan kekosongan	:	Satu
	Taraf Jawatan		:	Kontrak (2 tahun + 1 tahun)
	Gaji Ditawarkan	:	Gaji Pokok	:	RM5,003.00
                        Elaun Tetap	:	RM1,500.00

Syarat Lantikan :

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perladangan / Industri Pengurusan Perladangan dan Teknologi Perladangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Berpengalaman mengurus dan mengendalikan ladang berskala besar sekurang-kurangnya 5 tahun (keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman menguruskan tanaman jangka pendek dan tanaman fertigasi);
  • Calon yang memohon hendaklah bersedia bekerja di tapak ladang dan boleh bekerja di luar kawasan; dan
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Diskripsi tugas :

  • Merancang, melaksana, memantau pembangunan dan operasi keseluruhan ladang;
  • Memantau kerja-kerja penyelenggaraan seperti semburan perosak dan serangga, meracun, pembajaan dan pemangkasan di ladang;
  • Melakukan pemantauan kerja bagi memastikan operasi kerja perladangan berjalan dengan lancar;
  • Mengurus pentadbiran dan urusan kewangan operasi ladang; dan
  • Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

b. Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya.

c. Tarikh tutup iklan ialah pada 17 Januari 2022 (Isnin).

CATATAN AM

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Kongsi Kongsi