JAWATAN KOSONG
PENASIHAT UNDANG-UNDANG (GRED E41)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Jawatan : PENASIHAT UNDANG-UNDANG (GRED E41)

Bilangan kekosongan : Satu

Taraf Jawatan : Kontrak

Gaji Ditawarkan : • Gaji Pokok: RM2,422.00 – RM9.631.00

• Elaun Tetap Keraian : RM350.00

• Elaun Tetap Perumahan: RM300.00

• Elaun Sara Hidup : RM300.00

Syarat Lantikan :

• Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

• Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.

Diskripsi tugas :

• Bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat mengenai perkara dan masalah perundangan dan mentafsirkannya selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri;

• Memberi khidmat nasihat dan pandangan undang-undang kepada Yayasan mengenai isu undang-undang berkaitan wakaf yang dirujuk ke Yayasan Waqaf Malaysia;

• Memberi nasihat perundangan dan menyemak dokumen berkenaan hal-hal perundangan, MoU serta kontrak perjanjian;

• Mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan wakaf dan pembangunan;

• Memberi khidmat nasihat perundangan kepada YWM dalam menjalankan tugas-tugas utama dalam pembangunan hartanah wakaf;

• Menyediakan perjanjian-perjanjian yang berkaitan; dan

• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

b) Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan

Yayasan Waqaf Malaysia

Aras 8, Blok D

Kompleks Islam Putrajaya

Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3

62100 Putrajaya.

Tarikh tutup iklan ialah pada 24 Disember 2021 (Jumaat).

CATATAN AM

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Kongsi Kongsi