JAWATAN KOSONG
PENGURUS (GRED E48)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Jawatan : PENGURUS (GRED E48)

Bilangan kekosongan : Satu

Taraf Jawatan : Kontrak

Gaji Ditawarkan : • Gaji Pokok : RM5,206.00 – RM11,764.00

• Elaun Tetap Keraian : RM600.00

• Elaun Tetap Perumahan: RM600.00

• Elaun Sara Hidup : RM300.00

SYARAT LANTIKAN :

• Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• KEUTAMAAN diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Kewangan Islam;

• Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun.

DISKRIPSI TUGAS :

• Bertindak sebagai pengurus dana dan pelaburan YWM;

• Merancang dan menguruskan kutipan dan terimaan dana-dana YWM;

• Merencana dan membuat perancangan pelaburan patuh syariah jangka pendek dan jangka panjang untuk YWM;

• Merancang, memantau dan menganalisa prestasi serta risiko pelaburan yang dilaksanakan oleh YWM;

• Merancang dan menguruskan agihan dana wakaf tunai dan lain-lain dana YWM;

• Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

CARA MEMOHON :

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

b) Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan

Yayasan Waqaf Malaysia

Aras 8, Blok D

Kompleks Islam Putrajaya

Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3

62100 Putrajaya

Tarikh tutup iklan ialah pada 14 Mac 2022 (Isnin)

CATATAN AM :

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Kongsi Kongsi