JAWATAN KOSONG
EKSEKUTIF SYARIAH (GRED E41)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Jawatan : EKSEKUTIF SYARIAH (GRED E41)
Bilangan kekosongan : Satu
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Ditawarkan :
• Gaji Pokok : RM2,422.00
• Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 350.00
• Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
• Bantuan Sara Hidup : RM 300.00

Syarat Lantikan :
• Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• keutamaan diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.

Diskripsi tugas :
• Menasihati agensi dalam perkara-perkara yang melibatkan Hukum Syara’;
• menyelia setiap isu Syariah yang berkaitan dengan pembangunan wakaf yang dilaksanakan oleh YWM;
• menyedia kertas kerja Syariah dan yang berkaitan dengan dasar dan pembangunan produk wakaf di YWM;
• membantu mengurus mesyuarat-mesyuarat berkaitan dasar dan pembangunan wakaf di YWM;
• mendapatkan pandangan fatwa mengenai produk wakaf baharu;
• menyediakan khidmat rundingcara berkaitan wakaf kepada pihak luar sama ada dalam dan luar negara;
• bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Penasihat Syariah;
• mewakili Ketua Bahagian / Ketua Pegawai Eksekutif dalam apa-apa mesyuarat / majlis / program; dan
• melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan.
b) Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya.

c) Tarikh tutup iklan ialah pada 15 April 2021 (Khamis)

CATATAN AM
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


Kongsi Kongsi