Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Untuk sebarang maklumbalas atau aduan berkaitan hotel-hotel di bawah pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia, sila KLIK SINI

Sebuah lagi hotel di bawah pengurusan YWM dikenali sebagai Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk) yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di bawah nombor lot 2436, Hakmilik 44772, Mukim Bandar Taiping, Daerah Larut dan Matang, Perak.

Baca Selanjutnya: HOTEL SERI WARISAN (JAWHAR - MAIPk), TAIPING


Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM25.6 juta di bawah Program Pembangunan Hartanah Wakaf, Rancangan Malaysia Kesembilan bagi membina sebuah hotel dikenali sebagai Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di bawah nombor lot 2166 dan 2167, Mukim Tanjung Kling, Melaka. 

Baca Selanjutnya: HOTEL PANTAI PUTERI (JAWHAR - MAIM), TANJUNG KLING

Hotel ketiga di bawah pengurusan YWM ialah Hotel Grand Puteri di Jalan Masjid Abidin yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di bawah sekeping tanah wakaf yang dipegang di bawah Nombor Lot PT 3981, Nombor Hakmilik HSD 9469, Bandar Kuala Terengganu, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.Hotel ini adalah hotel  wakaf pertama di negeri Terengganu dengan ciri-ciri hotel berkonsepkan Islam.

Baca Selanjutnya: HOTEL GRAND PUTERI (JAWHAR - MAIDAM), KUALA TERENGGANU

Anda berada di: Halaman Utama Hotel-hotel wakaf