WAQF GO LEARNING

Waqf Go Learning merupakan sebuah portal pembelajaran digital hasil usahasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan ITTV Education Sdn. Bhd. yang disediakan khusus untuk pelajar sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) di seluruh negara.

Melalui akses secara dalam talian, para pelajar berpeluang mengikuti sesi pembelajaran menerusi video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang disusun secara sistematik selaras dengan subjek dan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


OBJEKTIF

Objektif utama pembangunan Waqf GoLearning adalah untuk:

• Memberi peluang kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi untuk mengakses bahan pembelajaran berkualiti yang selaras dengan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara dalam talian;

• Meningkatkan kemahiran pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar melalui penggunaan teknologi pendidikan yang interaktif, sistematik dan mesra pengguna; dan

• Menjadikan Waqf GoLearning sebagai model inovatif wakaf pendidikan digital yang menyokong aspirasi nasional dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.


KELEBIHAN PLATFORM WAQF GO LEARNING

Antara ciri utama yang ditawarkan adalah seperti berikut:

• Lebih 3,000 video pembelajaran mengikut silibus KPM

• Modul e-Penilaian dan kuiz interaktif

• Forum tutor untuk interaksi dan bimbingan

• e-Kad Laporan bagi pemantauan prestasi

• Glosari dan formula sebagai rujukan pantas

• Ciri pemantauan ibu bapa

• Papan pemuka peribadi pelajar

• Sokongan chatbot AI sebagai pembantu pembelajaran


SUBJEK YANG DITAWARKAN

Waqf Go Learning menyediakan kandungan pembelajaran mengikut tahap seperti berikut:

Junior (Tahun 4–6):

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

Sophmore (Tingkatan 1–3):

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

Senior (Tingkatan 4–5):

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Ekonomi

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

🔗 https://golearning.ywm.gov.my/


Kongsi Kongsi