Aktiviti
Perbincangan Bersama Kumpulan Penyelidik Universiti Teknologi MARA Perak Untuk Kerjasama Projek Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip Kementerian Pendidikan Tinggi
20-08-2024Putrajaya, 20 Ogos 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan daripada kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak yang diketuai oleh YBrs. Dr. Siti Nadiah binti Mohd Ali untuk sesi perbincangan input-input penambahbaikan dalam pembangunan projek “Expertise E-Waqf Prototype System to Reduce Developtment Costs of Waqf Housing Projects in Malaysia". Sesi ini adalah lanjutan daripada pertemuan awal pada bulan Januari 2024 yang lalu. Untuk makluman, kumpulan ini telah berjaya memperolehi Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada tanggal 2 Julai 2024. Semoga menerusi kolaborasi ini dapat memberi manfaat dan kebaikan buat masyarakat, Insya Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi