Aktiviti
Kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia Sertai Program Sukarelawan Bagi Aktiviti "Flood Air Relief Packing" Bersama Nestle Sayang Komuniti
22-10-2026Kuala Lumpur, 22 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) amat berbesar hati dapat bersama-sama pihak Nestlé Malaysia dalam menjayakan aktiviti Flood Aid Relief Packing di Ibu Pejabat Malaysian Red Crescent.
YWM telah diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama para pegawai YWM telah berganding bahu bagi membantu menyediakan sebanyak 6,000 kotak bantuan makanan yang mengandungi pelbagai produk Nestlé sebagai persediaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di seluruh negara.
Semoga usaha kecil ini dapat membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih Nestlé Malaysia atas jemputan dan peluang untuk bersama-sama menyumbang tenaga dalam misi kemanusiaan ini.
TERKINI
Kongsi Kongsi