Aktiviti
Program Komuniti Rakyat MADANI: Santai 2-Roda & Kayuhan MADANI, Jelajah 5 Masjid
25-10-2026

Hulu Selangor, 25 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengambil bahagian dalam Program Komuniti Rakyat MADANI: Santai 2-Roda & Kayuhan MADANI yang berlangsung di sekitar Hulu Selangor.

Program telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sebagai tanda sokongan terhadap amalan gaya hidup sihat, YWM turut menyertai aktiviti kayuhan sejauh 30km bersama-sama peserta lain.

Dalam program yang sama, YWM turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000.00 kepada lima (5) buah masjid bagi menaik taraf kemudahan dan keselesaan jemaah, iaitu:

  • Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa 2: Sumbangan dana berjumlah RM10,000.00 bagi pembelian pendingin hawa untuk ruang solat muslimat

  • Masjid As-Salam, Bukit Sentosa: Sumbangan dana berjumlah RM10,000.00 bagi kerja-kerja baik pulih tandas masjid

  • Masjid Ar Rahmah, Kampung Sungai Buaya: Sumbangan dana berjumlah RM10,000.00 bagi penggantian karpet masjid

  • Masjid Nurul Islamiah, Sungai Choh: Sumbangan dana berjumlah RM10,000.00 bagi pembelian pendingin hawa

  • Masjid Nurul Iman, Serendah: Sumbangan dana berjumlah RM10,000.00 bagi pembelian penyaman udara jenis floor standing dan door air curtain

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

YWM berharap agar sumbangan ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada pihak masjid dan seluruh komuniti setempat, di samping memperkukuh peranan institusi wakaf dalam menyokong pembangunan kemudahan ibadah serta kesejahteraan masyarakat


Kongsi Kongsi