Aktiviti
Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia Ke Bank Islam Malaysia Berhad
27-10-2026

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi kewangan Islam menerusi kunjungan hormat ke atas Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di Menara Bank Islam.

Sesi pertemuan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, bersama para pegawai YWM dan disambut mesra oleh YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala, di samping meneroka potensi kerjasama strategik bagi memperkasa pembangunan wakaf, memperluas penyertaan masyarakat, serta mengoptimumkan peranan kewangan Islam dalam menyokong agenda sosioekonomi ummah.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan YWM untuk membina sinergi bersama rakan korporat demi mewujudkan ekosistem wakaf yang progresif, inklusif, dan mampan.

Semoga jalinan kerjasama antara YWM dan BIMB terus diperkasa demi memartabatkan wakaf sebagai pemacu utama kesejahteraan ummah dan pembangunan ekonomi negara.


Kongsi Kongsi