Program Sebarkan Salam & Kota Bharu Berselawat
31-10-2026Kota Bharu, 31 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diwakili oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif telah menyertai Program Sebarkan Salam & Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis ini dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri; YAB Dato' Seri Panglima Dato' Ustaz Haji Muhammad Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan; serta YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan kira-kira lebih 3,000 ulama, guru & pelajar pondok tahfiz serta warga setempat.
Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI melalui YWM telah memanfaatkan sebanyak RM645,378.00 bagi pelaksanaan projek Wakaf Air dan pemasangan sistem solar di masjid-masjid di negeri Kelantan. Usaha memperluas manfaat wakaf ini juga akan diteruskan melalui inisiatif kesihatan iaitu Projek Dialisis YWM-Radicare yang bernilai RM2.5juta, termasuk pelaksanaannya di negeri Kelantan.
YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pewakaf atas sumbangan serta kepercayaan yang diberikan dalam menyokong usaha memperkasa institusi wakaf demi kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf membawa manfaat yang besar dan berpanjangan kepada masyarakat.
TERKINI
Kongsi Kongsi