Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama YWM - BSN Siri 1 Bil. 1/2026
06-08-2026

Putrajaya, 6 Ogos 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Bersama YWM-BSN Siri 1 Bil. 1/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Yayasan, Waqaf Malaysia (YWM) yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Ahli bersama dalam mesyuarat ini adalah para pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) yang diketuai oleh YBrs. Encik Anuar bin Elias, Ketua Jabatan Perbankan Islam BSN.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pembentangan Terma Rujukan (TOR) Jawatankuasa Bersama YWM-BSN, semakan status semasa terimaan Wakaf Tunai YWM-BSN, cadangan agihan dana wakaf serta perkara-perkara berkaitan bagi memperkemas pelaksanaan kerjasama antara kedua-dua pihak. Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara YWM dan BSN, khususnya dalam memastikan pengurusan serta agihan dana wakaf dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan berimpak tinggi.

Sebagai rakan strategik YWM, kerjasama BSN memainkan peranan penting dalam memperluas potensi dan manfaat wakaf melalui sinergi kepakaran serta jaringan kedua-dua organisasi. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa dalam usaha memaksimumkan manfaat dana wakaf demi pembangunan dan kesejahteraan ummah secara menyeluruh.


Kongsi Kongsi