Musolla Uwais Al-Qarni, SK Putrajaya Presint 9 (2) Terima Dana Wakaf Untuk Projek Naik Taraf
16-03-2026Putrajaya, 16 Mac 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menziarahi Musolla Uwais Al-Qarni, SK Putrajaya Presint 9 (2) yang menerima dana wakaf berjumlah RM17,000.00 bagi menambah baik kemudahan lantai musolla. Sebelum ini, surau berkenaan menggunakan karpet untuk suatu jangka masa sehingga menimbulkan bau hapak dan kurang selesa untuk kegunaan semua pelajar. Dengan jumlah murid yang mencecah hampir 2,000 orang, keadaan ini turut menjadi cabaran kepada pihak pengurusan sekolah untuk mengekalkan tahap kebersihan ruang ibadah tersebut. Malah, terdapat juga insiden berulang melibatkan murid tahun satu yang terkencing di dalam musolla, sekali gus menyukarkan proses pembersihan apabila menggunakan karpet.
Alhamdulillah, kini lantai surau telah ditukar kepada laminated floor. Hasilnya keadaan musolla sekolah kini lebih bersih dan selesa untuk digunakan oleh semua warga sekolah.
Simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM kepada YBrs. Encik Mohammad Faizal bin Ramli, Penolong Kanan KokurikulumSK Putrajaya Presint 9 (2). Semoga sumbangan wakaf ini memberi manfaat berterusan serta menjadi amal jariah yang berkekalan kepada para pewakaf.
TERKINI
RM15,900.00 Untuk Maahad Tahfiz Tawai, Gerik
24-03-2026Kongsi Kongsi