Dana Wakaf RM10,000.00 Untuk Pembinaan Semula Masjid Rahmani, Kg. Sadek
24-03-2026Kupang, 24 Mac 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengagihkan sumbangan dana wakaf berjumlah RM10,000.00 kepada Masjid Rahmani, Kg. Sadek bagi tujuan menampung kos pembinaan semula masjid tersebut. Menurut makluman dari JK Masjid, binaan asal yang mencecah usia 65 tahun sebelum ini telah mengalami beberapa kerosakan seperti dinding dan tiang yang sudah retak, bumbung yang mudah bocor serta ruang pengudaraan yang tidak sempurna.
Pada ketika ini, kira-kira 400 ahli kariah akan menunaikan solat di ruang sementara yang didirikan di bahagian belakang masjid. Sehubungan itu, pihak masjid masih memerlukan sokongan dan sumbangan berterusan daripada pelbagai pihak bagi memastikan pembinaan masjid ini dapat disiapkan sepenuhnya demi keselesaan komuniti setempat.
Sumbangan daripada YWM telah disampaikan oleh Encik Aflah bin Aminudin dari Bahagian Pemasaran dan Korporat. Semoga sumbangan ini dapat membantu mempercepatkan proses pembinaan masjid serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh jemaah.
TERKINI
RM15,900.00 Untuk Maahad Tahfiz Tawai, Gerik
24-03-2026Kongsi Kongsi