Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Agih Dana Wakaf Tunai RM25,400.00 Untuk Infrastruktur Sekolah-Sekolah Di Negeri Selangor
22-05-2025

Hulu Selangor, 22 Mei 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM25,400.00 kepada tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Rawang, Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan dan Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua bagi tujuan menaik taraf kemudahan sekolah seperti surau, kantin dan perpustakaan. Sumbangan ini merupakan inisiatif di bawah program wakaf tunai yang disasarkan kepada sektor pendidikan, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar dan warga pendidik.

YWM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pewakaf atas keprihatinan dan sokongan berterusan. Semoga amal jariah ini menjadi sumber pahala yang berpanjangan dan memberi manfaat berterusan kepada generasi akan datang.


Kongsi Kongsi