Aktiviti
Meninjau Nadi Ekonomi Komuniti di Pulau Lagenda
16-05-2025

Langkawi, 16 Mei 2025 – Sempena lawatan kerja Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ke Pulau Langkawi, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berkesempatan melawat Bazar Wakaf Rakyat (BWR) yang dibangunkan oleh YWM di perkarangan Masjid Ar-Rahman, Kampung Gelam Kedawang.

Projek ini dibangunkan di bawah peruntukan Belanjawan Kerajaan Persekutuan Tahun 2010 terdiri daripada empat (4) unit premis perniagaan. Kesemuanya telah disewakan kepada usahawan tempatan yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan seperti kedai runcit, bakeri, kedai gunting rambut dan dobi.

Pembangunan BWR merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui YWM untuk menyokong usaha pemberdayaan ekonomi umat Islam melalui platform keusahawanan berskala komuniti.

Kepada pengunjung yang berada di Langkawi, jangan lupa support peniaga tempatan yang berniaga di BWR! Banyak pilihan menarik dan harga berpatutan. Beli sambil bantu komuniti!


Kongsi Kongsi