Pembukaan Kaunter Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia Sempena Rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid A'ishah, Sungai Menghulu, Langkawi
15-05-2025Langkawi, 15 Mei 2025 – Bersempena Lawatan Kerja YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Negeri Kedah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyiaran telah melaksanakan rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid A'ishah, Sungai Menghulu, Langkawi.
Tajuk perbincangan yang dipandu oleh Al-Fadil Ustaz Nabil Ahmad selaku moderator adalah "Anak Online, Mak Ayah Offline" telah dikupas oleh tiga orang penceramah tersohor tanah air iaitu, Al-Fadil Ustaz Wadi Annuar, Al-Fadil Ustaz Zul Ramli M. Razali dan YBrs. Dr. Robiah K. Hamzah. Topik ini dipilih bagi membuka mata tentang cabaran dunia digital terhadap institusi kekeluargaan dan satu peringatan lembut buat para ibu bapa untuk kembali ‘online’ dalam kehidupan anak-anak.
Yayasan Waqaf Malaysia turut mengambil peluang untuk membuka kaunter wakaf di kesempatan ini bersama beberapa agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji, Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Turut diadakan adalah jamuan kenduri rakyat kepada semua hadirin. Di anggarkan kira-kira 500 orang hadir memenuhi perkarangan masjid bagi memeriahkan program.




TERKINI
Kongsi Kongsi