Aktiviti
Sentuhan Kasih Yayasan Waqaf Malaysia Buat Anak-Anak Istimewa di Langkawi
15-05-2025

Langkawi, 15 Mei 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) meneruskan komitmen sosial dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Langkawi Autism Care Centre (LACC) untuk pembelian alat terapi demi menyokong perkembangan dan kesejahteraan anak-anak istimewa di sini. LACC telah ditubuhkan khas untuk menyediakan pendidikan seumur hidup kepada anak-anak autisme di Langkawi dan mempunyai berkolaborasi bersama Persatuan Autisme Langkawi. Pusat ini mula beroperasi sejak 5 Disember 2019.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM kepada Puan Mastura binti Abdul Mutalib, Pengurus LACC. Turut hadir bersama di dalam majlis ini adalah YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Moga sentuhan keprihatinan ini menjadi jambatan besar untuk membina masa depan yang lebih cerah buat anak-anak syurga di sini.


Kongsi Kongsi