Aktiviti
Program Santuni Syawal Bersama Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia Dan Kindness Malaysia
18-04-2025

Ampang, 18 April 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia serta Kindness Malaysia telah menyempurnakan agihan Sumbangan Wakaf Prihatin melalui Dana CSR Prihatin kepada mereka yang memerlukan.

Sebanyak 50 kotak makanan asas bernilai RM4,775.00 telah diagihkan kepada penduduk PPR Hiliran Ampang melalui wakil YWM iaitu, Encik Aflah bin Aminudin daripada Bahagian Pemasaran dan Korporat.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil pemain bola sepak profesional tanah air seperti Ahmad Khairil Anuar, Muhammad Aqil Asyraf, Muhammad Shahrul Aikal dan Muhammad Harith Imran yang hadir menyampaikan sumbangan serta memberi sokongan kepada komuniti setempat.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada penerima dan menjadi asbab keberkatan berpanjangan kepada semua pewakaf serta penyumbang budiman.


Kongsi Kongsi