Kunjungan Hormat myAngkasa Amanah Berhad Ke Yayasan Waqaf Malaysia
18-04-2025Putrajaya, 18 April 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada myAngkasa Amanah Berhad (MAAB) yang diketuai oleh Encik Muhammad ‘Atif bin Noor Mohammad, Pegawai Pembangunan Perniagaan MAAB. Syarikat Amanah milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ini berperanan menyediakan perkhidmatan perancangan dan pertadbiran harta pusaka bagi orang Islam seperti penulisan wasiat, hibah, amanah, perjanjian aset pilihan pasangan (harta sepencarian) dan pentadbiran harta pusaka.
Matlamat pertemuan ini adalah untuk membincangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak dalam memberi perkhidmatan dan pentadbiran harta pusaka melalui produk-produk wakaf. YWM diwakili oleh Puan Norbaity Hariani binti Muhammad dan Puan Nurul Fitriah binti Asmady Omar daripada Bahagian Pengurusan Dana telah berkongsi aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada tetamu yang hadir.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua agensi serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.

TERKINI
Kongsi Kongsi