Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif dan Anugerah Khas Yayasan Waqaf Malaysia Tahun 2024
21-04-2025Putrajaya, 21 April 2025 – Bersempena penganjuran Majlis Malam Apresiasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Media Tahun 2025, turut diadakan bersama adalah penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024, Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif YWM Tahun 2024 dan Anugerah Khas: The Most Outstanding Achievement Award kepada para pegawai YWM.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh warga YWM dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti. Ia turut menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan amanah serta menyumbang kepada pembangunan waqaf di Malaysia. Sesi ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima.
"Work hard in silence, let your success be your noise"




TERKINI
Kongsi Kongsi