Sumbangan Wakaf Untuk Masjid Baharu Taman Seri Bayu
25-04-2025Sungai Petani, 25 April 2025 – Rombongan pegawai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dibawa oleh Jawatankuasa Pembangunan & Pembinaan Masjid Taman Seri Bayu ke tapak pembinaan masjid mereka. Pada ketika ini, RM2.5 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan Fasa 1. Sejumlah RM6 juta masih diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya masjid yang bakal menampung kapasiti lebih 2,000 jemaah kelak.
Surau sedia ada kini hanya mampu memuatkan sekitar 600 jemaah, menjadikan pembinaan masjid baharu sebagai satu keperluan mendesak. Sebagai tanda sokongan, YWM berbesar hati mengagihkan dana wakaf berjumlah RM30,000 bagi membantu menjayakan pembangunan masjid ini. Semoga pembinaan ini dipermudahkan dan lebih ramai pihak tampil menyumbang demi membangunkan masjid yang lebih selesa untuk komuniti ini.



TERKINI
Kongsi Kongsi