Aktiviti
Ke Arah Penubuhan Permodalan Wakaf Berhad
29-04-2025

Kuala Lumpur, 29 April 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cadangan Pembentukan Permodalan Wakaf Berhad (PWB) bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Persidangan ini diadakan bagi merangka hala tuju pewujudan PWB sebagai inisiatif memastikan wakaf terus diperkasa dan lestari, seiring dengan hasrat Kerajaan di bawah Teras 3 – Menambah Sumber Pendanaan dan Pembiayaan Wakaf dalam draf Pelan Induk Wakaf Nasional.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dengan kehadiran pakar rujuk dari Kementerian Kewangan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Perbadanan Wakaf Selangor, Universiti Malaya, Kenanga Investors Berhad, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat korporat lain.

Dengan kerjasama padu semua pihak, YWM optimis usaha ini akan membuahkan hasil dan membuka lebih banyak peluang untuk memperkasa sosioekonomi ummah melalui instrumen wakaf yang lebih dinamik dan berdaya saing.


Kongsi Kongsi