TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN
Terma
1. Sistem Wakaf Tunai Malaysia merupakan platform yang disediakan oleh Yayasan Waqaf
Malaysia bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk berwakaf tunai secara atas
talian (online).
2. Semua maklumat yang telah diisi oleh pengguna sistem ini akan menjadi hak Yayasan
Waqaf Malaysia dan pengguna tidak berhak untuk menggunakan sistem ini sebagai platform
untuk mengadakan sesuatu perniagaan dan sebagainya.
3. Yayasan Waqaf Malaysia memberi jaminan bahawa setiap data yang dikemukakan oleh
pengguna adalah sulit dan persendirian serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana
pihak ketiga.
4. Yayasan Waqaf Malaysia berhak untuk melucutkan kelebihan anda sebagai pengguna
seandainya terdapat sebarang aktiviti dan tindakan yang meragukan.
5. Yayasan Waqaf Malaysia tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian anda sewaktu
menggunakan sistem ini.