Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan yang berkaitan dengan pendidikan. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif pendidikan mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut: 

  1. Membiayai pembelian alat-alat pendidikan untuk kebajikan masyarakat;
  2. Membiayai belian peralatan atau pakaian untuk murid-murid yang kurang berkemampuan;
  3. Membiayai kos ubah suaian atau tambahan kemudahan pendidikan di mana-mana pusat pendidikan yang bersesuaian; dan
  4. Membantu membiayai kos pendidikan yang diperlukan.

    

Anda berada di: Halaman Utama Wakaf Wakaf Tunai (Khas) Sijil Wakaf Tunai Pendidikan