Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif pembangunan ekonomi mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Membiayai pembelian alat-alat yang boleh digunakan untuk peningkatan ekonomi masyarakat;
  2. Membiayai belian apa-apa keluaran dari peniaga-peniaga Islam di mana barangan ini akan digunakan sebagai bantuan kepada mereka yang layak menerimanya; dan
  3. Membantu mana-mana peniaga yang berada di dalam kesulitan yang tulen akibat berlakunya situasi yang menjadikan perniagaan mereka dilanda masalah.

 

   

Anda berada di: Halaman Utama Wakaf Wakaf Tunai (Khas) Sijil Wakaf Tunai Pembangunan Ekonomi