Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Merupakan skim wakaf di mana YWM mempelawa orang ramai berwakaf dengan menggunakan wang tunai. Wang tunai yang dikutip akan dilaburkan dan pulangan (manfaat dari pelaburan) akan digunakan bagi tujuan pembiayaan aktiviti kebajikan yang berkaitan dengan kesihatan. Dana wakaf yang dikumpul akan dipindah bentuk kepada aset kekal merangkumi objektif kesihatan mengikut kesesuaian dan peraturan yang digunapakai. Manfaat yang dihasilkan akan digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Membiayai pembelian alat-alat kesihatan untuk kebajikan masyarakat;
  2. Membiayai belian ubat-ubatan untuk pesakit yang kurang berkemampuan;
  3. Membiayai alatan bantuan perubatan kepada yang kurang kemampuan; dan
  4. Membantu membiayai kos perubatan yang diperlukan.

   

Anda berada di: Halaman Utama Wakaf Wakaf Tunai (Khas) Sijil Wakaf Tunai Kesihatan