Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


Semoga anda berada dalam keadaan dilimpahi rahmat dan redha Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Ameen.

Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Laman Web Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). 

Pengunjung yang saya hormati,

Saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa melayari laman web ini.  Secara dasarnya, laman web ini merupakan wadah dalam berkongsi maklumat kepada anda mengenai  aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh YWM.

Laman web ini juga menyediakan perkhidmatan istimewa kepada anda sebagai pewakaf dan bakal pewakaf. Antaranya, perkhidmatan berwakaf secara atas talian dan juga potongan gaji secara bulanan. Anda  juga boleh menyemak senarai transaksi pewakafan yang telah dilakukan, di samping mencetak penyata tersebut sebagai rujukan.

Dalam memastikan pembangunan wakaf, sokongan anda amatlah dihargai. YWM sentiasa komited dalam melaksanakan sebarang aktiviti dan program yang telah dan akan dijayakan, dengan mengambil kira peluasan dan tahap maksima penghasilan manfaat kepada masyarakat sebagai pewakaf.

Pelaksanaan Wakaf Korporat oleh YWM pada tahun 2015 ini bakal melonjakkan pembangunan wakaf di Malaysia. Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, YWM bakal melancarkan beberapa program berkaitan yang akan mengimarahkan lagi susasana pembangunan wakaf di Malaysia, seterusnya memberi impak positif yang berpanjangan terutamanya kepada masyarakat Bumiputera Muslim di Malaysia.

Akhir kalam, saya yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YWM sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan YWM akan berjalan mengikut yang telah direncanakan, Insya Allah. Saya juga amat berterima kasih dan mengalu-alukan sebarang cadangan akan kaedah baru atau aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh YWM di dalam melaksanakan wakaf di Malaysia. Walaubagaimanapun, apa jua aktiviti wakaf yang dilakukan oleh YWM, ianya akan dilaksanakan secara bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri.

Sekali lagi, sokongan anda amat saya hargai dan sanjungi. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melayari laman web ini dan semoga mendapat manfaat daripadanya. Selamat berwakaf.

Wassalam.

'Wakaf, 1 Pelaburan Abadi'

 

Dato' Prof. Dr. Sheikh Hj. Sudin Haron

Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Waqaf Malaysia

 

Anda berada di: Halaman Utama Profil Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif