Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

OBJEKTIF

  • Membangun dan memajukan harta wakaf di seluruh negara melalui jalinan kerjasama dengan MAIN selaku pemegang amanah tunggal wakaf;
  • Membangun dan memajukan harta wakaf dan harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan umat Islam;
  • Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari, terkini dan inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf;
  • Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi di kalangan umat Islam secara progresif dan produktif, khususnya bagi mengurangkan jurang kemiskinan; dan
  • Menyempurnakan amanah pewakaf.

FUNGSI

MENGUMPUL DANA WAKAF

  • Melaksanakan program-program bagi mengisi dana Kumpulan Wang Amanah Yayasan untuk dijadikan modal ekonomi umat Islam

MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN HARTA WAKAF

  • Bekerjasama dengan pihak yang terlibat seperti MAIN, IPTA dan IPTS untuk memaju dan membangunkan harta wakaf serta membuat kajian dan penyelidikan produk baru wakaf

MELAKSANAKAN PROGRAM KEBAJIKAN DAN SOSIAL

  • Merangka aktiviti yang berfaedah kepada umat Islam demi kebaikan hidup di dunia dan akhirat seperti biasiswa, bantuan kepada fakir miskin dan melaksanakan amanah pewakaf sebaik mungkin.

MENJALANKAN PROGRAM PELABURAN

  • Membuat pelaburan ke atas dana Yayasan dan Wakaf Tunai Malaysia dalam sebarang pelaburan yang dibenarkan syarak sehingga pengagihan dilaksanakan.

MENGADAKAN PROGRAM PROMOSI DAN PENERBITAN

  • Mempromosi dan menganjurkan pelbagai persidangan,seminar dan sebagainya; dan
  • Menerbit pelbagai risalah bagi mengembang dan memajukan objektif penubuhan Yayasan
Anda berada di: Halaman Utama Profil Objektif dan Fungsi