Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat

Anda berada di: Halaman Utama Profil Latar Belakang