Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Hotel ketiga di bawah pengurusan YWM ialah Hotel Grand Puteri di Jalan Masjid Abidin yang bertaraf tiga bintang di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di bawah sekeping tanah wakaf yang dipegang di bawah Nombor Lot PT 3981, Nombor Hakmilik HSD 9469, Bandar Kuala Terengganu, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.Hotel ini adalah hotel  wakaf pertama di negeri Terengganu dengan ciri-ciri hotel berkonsepkan Islam.

 

JAWHAR telah memperuntukkan sebanyak RM41.69 juta untuk membangunkan Hotel Grand Puteri di atas tanah milik MAIDAM. Majlis penyerahan kunci bangunan hotel ini telah diadakan pada 8 April 2013 bersamaan 27 Jamadil Awal 1434 disempurnakan oleh YBhg Datuk Hajjah Hasnah binti Haji Salleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Dalam majlis tersebut, Pengarah JAWHAR Datuk Anan C. Mohd telah menerima dokumen penyerahan projek dan replika kunci hotel daripada JKR yang diwakili oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA) Ibu pejabat, Datuk Ar. Prof. Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Replika Kunci Hotel tersebut kemudiannya diserahkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama/Ketua Pegawai Esekutif MAIDAM, Dato' Haji Mohd Rozali bin Salleh sebagai pemegang amanah tunggal wakaf dan end user. Dalam majilis ini turut diadakan penyerahan surat kuasa operasi hotel oleh MAIDAM kepada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) Hotel tersebut dijangka akan mula beroperasi secara sempurna dalam bulan Mei 2013.

Hotel setinggi tujuh tingkat bernilai RM37.4 juta berhampiran Masjid Abidin di pusat bandar raya ini yang awalnya dijangka siap Oktober ini mungkin hanya akan siap awal tahun depan dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2012. Hotel bertaraf tiga bintang dengan 180 bilik diharap dapat menampung keperluan dalam industri pelancongan negeri.  Kemudahan lain yang disediakan hotel ini ialah seperti ruangan pejabat, dewan seminar, kolam renang, surau dan restoran. Hotel ini juga berdekatan dengan Pasar Kedai Payang dan Masjid Abidin yang bersejarah.

 

Anda berada di: Halaman Utama Hotel Grand Puteri (JAWHAR - MAIDAM)