Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

GERIK, 16 NOV 2015 – Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Mesra kepada Masyarakat Orang Asli RPS Banun telah diadakan bersempena Program Khatan Jamaie Masyarakat Orang Asli Daerah Hulu Perak Tahun 2015 anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).

  

 

Ketibaan delegasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dirai dengan paluan kompang oleh masyarakat setempat dan warga Sekolah Kebangsaan RPS Banun. Pada majlis berkenaan, Cik Haidatul Azia Husin selaku Eksekutif Kanan Pemasaran dan Penyelarasan telah merasmikan majlis ini mewakili Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Ustaz Mohd Zuhadi Mohamad Saarani, Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Perak / Kedah yang hadir mewakili MAIPk dan Jabatan Agama Islam Perak pada masa yang sama turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak dalam usaha meraikan saudara-saudara baru berkhatan kerana secara tidak lansung dapat memberi galakkan dan semangat kepada masyarakat orang asli dalam melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam.

  

Seramai 35 keluarga peserta yang terdiri daripada masyarakat orang asli RPS Banun, Kg. Sg. Raba, Kg. Desa Damai, Kg. Desa Permai, Kg. Pengakalan dan Kg. Kabel telah terlibat dalam dalam program ini menerima bantuan berbentuk bekalan makanan kering. 

Pada 19 November 2015 yang lalu, Program Wakaf Prihatin anjuran Yayasan Waqaf Malaysia diteruskan setelah 12 siri program ini dijalankan di seluruh Malaysia sejak dimulakan pada Mei lalu. Lokasi kali ke 13 ini diadakan di Perkampungan Orang Asli Guntur, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis yang dihadiri oleh 88 ketua keluarga dari suku Temuan ini turut dihariri oleh ahli keluarga masing-masing.

  

Majlis turut dihadiri oleh wakil pihak penaja iaitu Encik Mohd Huzaini bin Hamdi dan Encik Zainal Abidin bin Abd Aziz dari CIMB Islamic Bank Berhad, Ustaz Mohd Lutfi bin Hlimi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Encik Zainal bin Said, Pemangku Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Encik Mohd Noor bin Yaakob, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Pilah/Tampin.

Ketibaan para tetamu telah disambut meriah oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Tok Batin Jani bin Panglima Alang dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Gubtur, Ustaz Ikhwan bin Abdullah.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tok Batin Kampung Orang Asli Guntur dan wakil Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Pn. Nur Syaffina binti Ab Rahim. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada wakil-wakil penaja

  

KUALA KANGSAR, 6 NOV 2015 – Buat julung kalinya, Program Wakaf Prihatin anjuran Yayasan Waqaf Malaysia telah diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan selepas 11 siri program ini dijalankan di seluruh Malaysia sejak dimulakan pada Mei lalu. Lokasi yang terpilih adalah di Perkampungan Orang Asli Bukit Cermin, Kuala Kangsar. Satu majlis penyampaian sumbangan mesra telah diadakan bagi memberi bantuan kepada 60 ketua keluarga masyarakat orang asli yang terdiri dari suku Temiar itu.

  

Turut dihadir bagi menjayakan majlis ini adalah wakil-wakil dari pihak penaja iaitu Encik Huzaini Hamdi dari ibu pejabat CIMB Islamic Berhad dan Puan Rozita binti Yahaya, Pengurus CIMB Bank Daerah Kuala Kangsar serta Ustaz Mohd Azrul bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama-sama rakan strategik Program Wakaf Prihatin YWM ini, iaitu, Ustaz Suhaimi Yusoff, Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar mewakili Majlis Agama Islam dan ‘Adat Istiadat Melayu Perak dan Puan Che Maznah Mohamad Yusof, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Kangsar.

   

Ketibaan para tetamu telah disambut meriah oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Tok Batin Omar bin Pandak dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Bukit Cermin, Ustaz Azmi Md Dom.

6 Okt 2015 – Satu majlis khas telah dianjurkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di bawah program Wakaf Prihatin termasuklah masyarakat Orang Asli.Program ini merupakan penajaan bersama di antara YWM, CIMB Islamik Bank Berhad dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Manakala rakan strategik YWM bagi program ini adalah Majlis Agama Islam Negeri danJabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

  

Bertempat di Perkampungan Orang Asli LubukLegong, Baling, Kedah, YWM meneruskan menyantuni masyarakat Orang Asli. Seramai 76 buah keluarga masyarakat Orang Asli dijemput bagi menerima bantuan sumbangan mesra. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia bin Husin, Eksekutif Kanan Pemasaran dan Penyelarasan YWM, Tuan Haji Razali Khamis,Pegawai Daerah JAKOA Daerah Hulu Perak dan Baling,serta dua Pegawai Hal Ehwal Islam,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Encik Nasaruddin Jalaluddin dan Ustazah Rohana. Program ini turut dihadiri oleh Encik Kamal Din selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung LubukLegong.

  

Program yang berlangsung selama satu jam ini bertujuan membantu meringankan beban masyarakat Orang Asli. Bukan itu sahaja, program sebegini dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang peranan YWM serta mengelakkan mereka dari rasa terpinggir.

 

Diharapkan program yang diadakan akan terlaksana dengan jayanya dan membawa kebaikan bersama kepada YWM, penaja, rakan strategik serta penerima sumbangan.

Putrajaya, 26 Ogos 2015 - Satu Mesyuarat Terma-Terma Operasi Bazar Wakaf Rakyat Dan Wakaf Mart Di Bawah Bajet 2013 Yayasan Waqaf Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat YWM jam 10.30 pagi. Wakil keahlian daripada 5 buah Majlis Agama Islam Negeri  (MAIN) terdiri dari MAIN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu telah hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat yang telah di pengerusikan oleh YBhg. Dato Prof. Dr. Sudin Haron selaku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berlangsung dengan jayanya bagi memuktamadkan terma-terma operasi Bazar Wakaf Rakyat dan Wakaf Mart yang dibangunkan oleh YWM di lokasi-lokasi terpilih untuk 5 buah negeri.

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin