Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

 

30 Oktober 2014 : Satu majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat telah diadakan di Masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sempena pembukaan Wakaf Mart oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), anak syarikat milik penuh YWM. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, solat hajat  yang dipimpin oleh Imam 1 Masjid An-Najihin dan ucapan aluan daripada YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM. Turut hadir dalam masjlid tersebut ialah YBhg. Dato’ Prof. Dr. Haji Sudin bin Haron, Pengerusi PWNB merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM dan YBrsh. Encik Che Husain bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Wakaf Mart dibangunkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui peruntukan pembangunan Bajet 2010 YWM. Wakaf Mart adalah kedai serbaneka berkonsepkan kedai harga patut yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian yang halal, berkat dan menjimatkan kepada penduduk setempat serta seluruh masyarakat. YWM dan PWNB merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut terutama kepada Tuan Imam dan Ahli Jawatankuasa masjid serta ahli kariah masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 22-24 Ogos 2014 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sekali lagi  menyertai Karnival Hijrah yang dianjurkan oleh TV Al-Hijrah kali ini bertempat di perkarangan Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah. Karnival yang julung kalinya di adakan di luar semenangjung ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan booth daripada TV Al-Hijrah sendiri, pameran dan jualan dari peserta yang terlibat. Booth YWM yang dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung di sekitar Kota Kinabalu. Disamping memperkenalkan YWM kepada masyarakat, kutipan Wakaf Tunai Malaysia juga turut dijalankan menerusi sistem Wakaf Tunai Malaysia, potongan gaji dan melalui tabung Wakaf Tunai yang disediakan.Karnival ini diakhiri dengan persembahan selawat Malam Cinta Rasul yang di ketuai oleh kumpulan Al-Maulid.

           

Pada  5 sehingga 8 Jun 2014 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah  menyertai Karnival Terengganuku Sayang  yang dianjurkan oleh ETM Prima Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Belia Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu yang bertempat di perkarangan Stadium Negeri Kuala Terengganu, Terengganu. Karnival ini juga turut dimeriahkan dengan Kejohanan Sepak Takraw 1 Malaysia, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika KEMAS, Pertandingan Masakan dan Gubahan Sirih Junjung Jiran Wanita, pembukaan booth agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, JPAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan swasta serta jualan dari peserta yang terlibat. Booth YWM yang dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung. Disamping memperkenalkan YWM kepada masyarakat, kutipan Wakaf Tunai Malaysia juga turut dijalankan melalui tabung Wakaf Tunai dan borang potongan gaji yang disediakan. 

    

Pada 12-14 Jun 2014 yang lalu, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sekali lagi  menyertai Karnival Hijrah yang dianjurkan oleh TV Al-Hijrah bertempat di perkarangan Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Karnival ini juga turut dimeriahkan dengan pembukaan booth daripada TV Al-Hijrah sendiri, pameran dan jualan dari peserta yang terlibat. YWM yang diwakili oleh Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran dan Penyelarasan, Cik Haidatul Azia binti Husin juga muncul secara live di TV Al-Hijrah di slot Assalamualaikum. Booth YWM yang dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung walaupun hujan lebat pada hari kedua pameran. Disamping memperkenalkan YWM kepada masyarakat, kutipan Wakaf Tunai Malaysia juga turut dijalankan menerusi sistem Wakaf Tunai Malaysia, potongan gaji dan melalui tabung Wakaf Tunai yang disediakan. 

    

 

 

Pada 26 Mei 2014, satu lawatan kerja Timbalan Ketua setiuasaha Kanan Jabatan Perdana Menteri ke Akademi Kulinari Terengganu telah diadakana. Lawatan ini  turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Basiran bin Saban, Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM, Cik Mariam Kholidah binti Zulkifli, Setiausaha Bahagian Audit Dalam JPM dan Encik Allias Bin Alwi, Timbalan Setiausaha Bahagian Audit Dalam JPM. Rombongan tersebut disambut oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C Mohd, pegawai YWM dan JAWHAR, pengurusan AKT, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang diwakili oleh Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Teknikal MAIDAM dan GIATMARA yang diwakili oleh Tuan Haji Wan A Roslizam bin Husim, Pengarah GIATMARA Negeri Terengganu.   

Dalam sesi lawatan tersebut juga, YBhg. Datuk TKSUK juga dibawa menyaksikan demonstrasi masakan bagi penyediaan kek dan pastri selain menikmati hasil kerja pelatih AKT. 

Dalam ulasan terhadap lawatan tersebut, YBhg. Datuk TKSUK melahirkan rasa gembira di atas program pembangunan yang dilaksanakan oleh YWM dan JAWHAR dengan kerjasama MAIDAM dan GIATMARA tersebut. Ini kerana ianya selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang melibatkan kolaborasi pelbagai agensi untuk mewujudkan satu program dan perkhidmatan yang memberikan impak tinggi yang segera dan berkesan untuk membantu program tranformasi Kerajaan. 

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin