Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Putrajaya, 26 Ogos 2015 - Satu Mesyuarat Terma-Terma Operasi Bazar Wakaf Rakyat Dan Wakaf Mart Di Bawah Bajet 2013 Yayasan Waqaf Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat YWM jam 10.30 pagi. Wakil keahlian daripada 5 buah Majlis Agama Islam Negeri  (MAIN) terdiri dari MAIN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu telah hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat yang telah di pengerusikan oleh YBhg. Dato Prof. Dr. Sudin Haron selaku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berlangsung dengan jayanya bagi memuktamadkan terma-terma operasi Bazar Wakaf Rakyat dan Wakaf Mart yang dibangunkan oleh YWM di lokasi-lokasi terpilih untuk 5 buah negeri.

18 Ogos 2015, Selasa : Sempena perayaan Aidifitri dan sambutan Kemerdekaan, Akademi Kulinari Terengganu (AKT) telah mengadakan satu majlis sambutan Aidifitri dan kemerdekaan 2015. Majlis ini dihadiri oleh YBhg Dato Prof Dr Sudin bin Haron selaku Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), YBhg Dato Shaikh Harun bin Shaikh Ismail selaku Yang Di Pertua Maidam, Tuan Haji Wan Ahmad Roslizam bin Wan Husain selaku Pengarah GIATMARA Negeri Terengganu, Ust Haji Md Rozi bin Bidin selaku Pengarah Baitulmal Maidam, En Abdul Halim bin Mat Yusop dan Puan Maya Idura binti Sabar selaku Pengurus dan Eksekutif Bahagian Projek dan Pembangunan Perniagaan YWM.

  

 

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah pengurus pengurus GIATMARA Negeri Terengganu, Pengarah Bengkel Kebajikan (OKU), Pegawai Jabatan Pertahanan Awam, Pengarah Penjara Marang, Kakitangan sekolah berdekatan, pembekal pembekal AKT serta pelatih AKT.

 

Majlis yang bermula pada jam 1 petang dan berakhir pada 4 petang ini berlangsung dengan lancar dan meriah memandangkan majlis ini juga menjadi medan pertemuan dan perbincangan di antara pihak pengurusan AKT, YYM, MAIDAM dan GIATMARA yang merupakan asas kepada penubuhan AKT selain daripada menjamu pelbagai aneka juadah yang disediakan mengikut tema perayaan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan yang akan disambut oleh rakyat Malaysia pada 31 Ogos nanti.

18 Ogos 2015, Selasa: Satu majlis penyerahan kunci 1 projek Bazar Wakaf Rakyat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Terengganu telah diadakan di Perkarangan Bazar Wakaf Rakyat  di Lot 2466 Kampung Pulau Kerengga Marang Terengganu. Majlis telah dihadiri oleh YBhg Dato Prof Dr Sudin Haron selaku Ketua Pegaai Eksekutif YWM, Encik Abdul Halim Mat Yusop dan Puan Maya Idura Sabar, Pengurus dan Eksekutif Bahagian Projek dan Pembangunan Perniagaan YWM. Pihak JKR Terengganu selaku pelaksana projek telah diwakili oleh Jurutera Daerah Marang iaitu  YBrsh. Encik Wan Adib Wan Mohd Taufek.

   

 

Pelaksanaan projek ini merupakan kerjasama tiga (3) agensi iaitu YWM, MAIDAM dan JKR. Sekalung tahniah diucapkan kepada kontraktor yang terlibat menyiapkan projek Bazar Wakaf Rakyat YWM ini. Projek kecil berbentuk ekonomi ini diharapkan dapat membantu usahawan muslim dalam konteks penyediaan premis perniagaan mampu sewa. Ianya juga dijangka akan menjana pulangan secara berterusan kepada dana wakaf bagi meneruskan kesinambungan pembangunan harta wakaf yang lain.

  

Selain daripada itu, YWM juga komited memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi meningkatkan dan mengembangkan potensi wakaf demi pembangunan ekonomi yang merupakan tonggak kekuatan ummah terutama umat Islam di Malaysia.

 

Acara kemuncak adalah menandatangani dokumen penyerahan projek antara JKR dan YWM dan seterusnya penyerahan replika kunci bangunan daripada pihak kontraktor kepada JKR yang seterusnya menyerahkan kepada YWM. YWM seterusnya menyerahkan kunci projek kepada pihak MAIDAM untuk pengurusan dan pengoperasian Bazar Wakaf Rakyat lokasi  tersebut. 

LABU - Pada 11 Ogos 2015, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Penyampaian Sumbangan Mesra Raya kepada kaum orang asli yang menetap di Perkampungan orang asli Kampung Tekir Mukim Labu Daerah Seremban Negeri Sembilan di bawah Program Wakaf Prihatin. Sebanyak 157 keluarga daripada kaum orang asli menerima sumbangan yang berupa barangan kering seperti beras, gula dan sebagainya dan seramai 220 orang kanak-kanak telah menerima sumbangan duit raya daripada YWM.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil dari pihak CIMB Islamic Bank Berhad, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Seremban dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Dalam program Wakaf Prihatin tersebut, pihak CIMB Islamic Bank Berhad telah diketuai oleh Encik Shamsun Anwar Hussain, JAKIM diwakili oleh Ustaz Hj Salleh Saat dan pihak JAKOA diketuai oleh Encik Yaacob Wanok. Manakala YWM telah dipimpin oleh Pengurus Projek dan Pembangunan Perniagaan iaitu Encik Abdul Halim Mat Yusop.

 

 

HULU TERENGGANU, 30 JUN 2015 – Bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua, sekali lagi di dalam bulan Ramadhan 1436H ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan untuk menyantuni masyarakat orang asli apabila dijemput oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk bekerjasama memeriahkan acara tahunan majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat kepada golongan fakir dan miskin serta saudara baharu di Negeri Terengganu pada tahun ini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Dikesempatan ini, YWM turut mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan mesra di bawah Program Wakaf Prihatin YWM kepada setiap ketua keluarga di perkampungan tersebut di mana penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dato' Prof. Dr. Sheikh Hj. Sudin Haron. Kesemua penduduk kampung yang terdiri daripada suku kaum Semoq Beri ini beragama Islam.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Telemong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Terengganu dan Kelantan, wakil-wakil dari CIMB Islamic Bank Berhad dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku rakan strategik bersama.

    

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin