Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Sesi perbincangan bersama RHB Islamic Bank pada 15 November 2016 dalam usaha memperkasakan lagi wakaf di Malaysia. RHB Islamic diketuai oleh Ustaz Ahmad Mukarrami Ab Mumin, Head of Shariah Advisory Division.

  

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2016 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad hari ini melancarkanSijil Wakaf Tunai Pendidikan, Kesihatan dan Pembangunan Ekonomi yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

  

Bertempat di Dewan Srivijaya, Menara  Bumiputra Commerce, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, majlis ini memperkenalkan tiga produk baru YWM yang merupakan variasi pilihan kepada pewakaf untuk berwakaf secara tunai. Sijil Wakaf Tunai Pendidikan secara khususnya memberi tumpuan kepada aspek pembangunan pendidikan merangkumi penambahbaikan asas fasiliti pendidikan sehingga pembinaan projek ikon pendidikan. Sijil Wakaf Tunai Kesihatan pula memberi fokus kepada pembangunan aspek kesihatan seperti penyediaan fasiliti dan infrastruktur kesihatan yang diperlukan masyarakat. Manakala bagi Sijil Wakaf Tunai Pembangunan Ekonomi, segmen ini akan memberi penumpuan memaksimakan pembangunan ekonomi melalui bantuan kemudahan berbentuk fizikal kepada masyarakat, terutamanya peniaga-peniaga yang memerlukan bantuan.

  

Pelancaran hari ini turut memperkenalkan fasiliti pewakafan perbankan secara tunai atas talian melalui CIMBClicks! yang disediakan oleh CIMB Islamic Bank Berhad. Menerusi fasiliti ini ia memberikan satu kelebihan kepada pengguna CIMB Islamic Bank Berhad yang dianggarkan berjumlah 8 juta orang di mana mereka boleh berwakaf tunai melalui produk wakaf yang ditawarkan oleh YWM menggunakan platform yang telah disediakan.

 

 

Majlis pelancaran ini turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Dr. Syed Muhamad bin Syed Abdul Kadir,  Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM yang terdiri daripada pengurusan atasan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Wakil agensi Kerajaan Persekutuan, Ahli Lembaga Pengarah CIMB Islamic Bank Berhad dan juga syarikat-syarikat korporat.

PERSIDANGAN WAKAF ANTARABANGSA JOHOR DI PERSADA JOHOR BHARU, JOHOR

Pembentang 2: 
YBhg. Dato' Prof. Dr. Sudin Haron
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Waqaf Malaysia

Tajuk:
Pelaburan Wakaf: Isu & Cabaran

 

SAGIL, 23 JULAI 2016 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan GIATMARA telah mengadakan Majlis Sumbangan Mesra dan K

Baca Selanjutnya: MAJLIS SUMBANGAN MESRA DAN KAYUHAN HALF-CENTURY PRIHATIN WAKAF 2016 PERINGKAT DAERAH TANGKAK, JOHOR

LEDANG, 1 JULAI 2016 – Bertempat di perkampungan orang asli Air Tawas, Ledangsekali lagi di dalam bulan Ramadhan 1437H ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkesempatan menyantuni masyarakat orang asli di bawah Program Wakaf Prihatin YWM.

  

Menerusi program ini, YWM mengambil peluang menyampaikan sumbangan mesra kepada setiap 30 Ketua Isi Keluarga di perkampungan tersebut di mana penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dato' Prof. Dr. Sheikh Hj. Sudin Haron dan Encik Amir, wakil daripada Bank Rakyat yang merupakan salah satu penaja program ini. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor serta wakil daripada Pejabat Kadi Daerah.

  

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin