Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Yayasan Waqaf Malaysia telah menganjurkan Seminar Pembentangan Hasil Kajian Pelan Induk Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia pada 15 sehingga 17 Disember 2016 yang bertempat di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. Seminar dihadiri wakil dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tabung Baitulmal Sabah dan Universiti Malaysia Sabah. Objektif penganjuran program ini adalah bagi membentangkan hasil kajian kepada pihak MUIS untuk dijadikan sebagai rujukan dalam mentransformasi pembangunan hartanah wakaf di Sabah.

 

Taklimat Wakaf turut diadakan di dalam program tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Waqaf Malaysia. Seramai 46 orang peserta taklimat terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan  Persekutuan danjuga Kerajaan Tempatan.

 

Sekitar gambar taklimat Prihatin Wakaf 2016 di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah pada 27 November 2016.. YWM diwakili oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli, Eksekutif Pemasaran dan Penyelarasan YWM.

 

 

Sekitar gambar taklimat Prihatin Wakaf 2016 di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 28 November 2016.. YWM diwakili oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli, Eksekutif Pemasaran dan Penyelarasan YWM.

   

Sekitar gambar ceramah mengenai Yayasan Waqaf Malaysia sempena Seminar Wakaf Pendidikan dan Kesihatan 2016 anjuran KPJ Healthcare University College pada 17 November 2016. YWM diwakili oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman, Eksekutif Penyelidikan dan Produk Wakaf YWM.

 

Sekitar gambar taklimat Prihatin Wakaf 2016 di FAMA Negeri Sembilan pada 11 November 2016.. YWM diwakili oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fazdli bin Rosli, Eksekutif Pemasaran dan Penyelarasan YWM.

 

 

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin