Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia

Taklimat Mengenai Wakaf di bawah Program Wakaf Prihatin 2017 di Kolej MARA Seremban pada 22 Ogos 2017

Taklimat disampaikan oleh Ust. Mohd Fazdli Rosli, Eksekutif Bahagian Pemasaran dan Penyelarasan YWM. Dihadiri seramai 50 orang peserta.

Program Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin Sempena Kembara Sahur Khidmat Bantu di Rumah anjuran YWM Dengan Kerjasama Sukarelawan Kebajikan Pejabat Khidmat Masyarakat Daerah Subang Jaya pada 9-10 Jun 2017 jam 11.00 malam hingga 4.30 pagi   

YWM yang diwakili oleh Cik Haidatul Azia binti Husin dan Encik Mohammad Firdaus bin Samad bersama-sama Sukarelawan Kebajikan Pejabat Khidmat Masyarakat Daerah Subang Jaya telah menjayakan program Kembara Sahur Khidmat Bantu di Rumah di sekitar kawasan Bandar Pusat Puchong. Program yang bermula pukul 11.00 malam ini turut melibatkan pelbagai NGO dan beberapa syarikat. Konvoi yang dibahagikan kepada 2 kumpulan ini telah menyantuni sebanyak 10 keluarga dan pelepasan konvoi telah dibuat di Masjid Al-Husna, Bandar Pusat Puchong

Yayasan Waqaf  Malaysia menerima kunjungan wakil PINTA dalam usaha membantu memperkasakan Pertubuhan Pondok Tahfiz melalui Tabung WAKAF

  

Seminar Pembudayaan Wakaf Peringkat Daerah Tangkak, Johor. Antara intipati seminar yang disampaikan oleh:

1. Ustaz Mustapahayuddin bin Khalim

- Wakaf dan Sedekah berbeza
- Budaya masyarakat melayu sendiri suka berwakaf
- Wakaf boleh secara tunai mahupun aset
- Manfaat wakaf boleh dinikmati semua orang

 

2. Ustaz Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman

 

- Tauhid dan Iman kunci syurga
- Tidak sah ibadah tanpa akidah yang sah
- Wajib beriman dengan Allah
- Allah tidak menyerupai makhlukNya
- Allah tidak berhajat kepada makhlukNya
- Allah wujud tanpa tempat
- Wakaf sebagai penambah pahala paling mudah

 

 

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Sudin Haron, YDP MAIDAM, YB Dato' Haji Shaikh Harun Haji Shaikh Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Hj M. Rozi bin Bidin, Pengarah GIATMARA Negeri Terengganu, Tuan Hj Wan Ahmad Roslizam bin Wan Husain, Pengarah Urusan Permata Ayahbonda, YBhg. Dr. H Mohd Amy Azhar bin Dato' Hj Mohd Harif, Pengurus GIATMARA Marang, En Ab Wahab bin Salleh, Pengurus Projek dan Pembangunan Perniagaan YWM, En Abdul Halim bin Mat Yusop serta pegawai YWM dan pelajar AKT sesi ke-7. Majlis telah diurusetiakan oleh pegawai Perbadanan Wakaf Nasional Berhad yang merupakan anak syarikat YWM

  

Anda berada di: Halaman Utama Arkib Buletin